Surau yang dibina sejak tahun 1971 dan dinaik taraf sebagai masjid pada tahun 2016 ini adalah satu-satunya masjid di Kampung Pak Badol, Bachok, Kelantan.
Projek perluasan jalan utama Pasir Puteh - Kota Bharu bakal merobohkan sebahagian bangunan masjid ini yang berada berdekatan jalan utama berkenaan.
Masjid merancang mengumpul dana untuk membeli tanah berdekatan dan memperluaskan ruang solat yang bakal dirombak.
Pihak masjid sangat menghargai bagi sesiapa yang sama-sama ingin membantu dalam mengumpul dana yang diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
0139720600 (Ajk Masjid, En Ali)